EKZEMA : MASIHKAH ADA HARAPAN? (PART 1)


Bila di uji dengan dua anak eczema atopic, sedikit sebanyak kita mulai belajar.

Alhamdulillah rupanya ada sesuatu yang kita dapat.

Allah nak kita bukakan mata, belajar sesuatu sampai akhirnya kami sendiri sedar nak kena lebih serius.

Allah nak bagi yang terbaik, pahit dulu rasa kemudian baru manisnya sebab dah penat lebih 10 tahun menghadap anak eczema kronik macam kecewa tak boleh nak mengharap hospital pakar kulit lagi untuk rawat masalah kesihatan anak.

Berhabis duit, Allah belum izinkan rupanya hidayah belum sampai ? kesian anak, lama tanggung derita.

Tapi keadaan anak tambah kronik, ubat makan krim sapuan makin bertambah, habis rawat pada simptom semata, tepek2 krim, rawat pada luaran je.

Kulit makin sensitive, kulit menipis, jahil bab jaga makan belum lagi kos rawat asma dan lain2.

Ubat hospital tak cukup, ulang alik farmasi, klinik lagi.

Beli, telan ubat gatal, telan antibiotik sampai bila? bukannya merawat punca masalah.

Medical card sampai dah over limit, menghadap pula hospital kerajaan ?


Alhamdulillah bebas bergantung pada ubat, ubat timbang kilo punya pun ada pernah mamagee guna, bukan sikit2 kalau eczema satu tubuh.

Bila kesedaran mulai datang, mama tekad tak datang appointment lagi kerana sepanjang rawatan tiada ditekankan langsung atau menyentuh soal menjaga makan, kita tidak dipimpin.

Masalah eczema, psoriasis anak berpunca dari masalah leaky gut, jadi rawat luaran sahaja sangat tidak membantu.

Ujian untuk ibu yang juga menyusui anak eczema, ibu perlu jaga makan, berpantang dan kawal stress. 

Mengurus anak eczema memang menuntut kesabaran ada lebih lagi yang kronik memang mencabar, mental pun kena kuat.

Pula tu yang makan tahun nak pulih, tak jumpa jalan keluar ? sedangkan jalan keluar tu ada dalam rumah. 

Allah nak bagi hikmah sebenarnya suruh kita sama2 belajar pilih makanan yang lebih toyyib, bahan masakan yang lebih sihat, rawatan luaran sahaja tidak membantu.

Bila pulihkan usus, rawat pada puncanya, asma, resdung yang alahan macam2 masalah kesihatan tu jadi terawat semua.

Nampak sangat kesan perubahan ia membaik dan terkawal tapi rawatannya bukanlah magic, slow2 nampak perubahan tu paling penting nak rawat masalah eczema anak bukan pada produk baik mana yang nak dibagi untuk anak kita makan tapi betulkan pemakanan anak dulu.

Akhirnya.. bancuhan ini paling meredakan kulit anak, terutamanya masa proses tinggalkan krim2 streroid tu.

Rawat eczema tu rupanya permulaan di dapur kita!

Mak2.. dari bahan masakkan semua kena tukar.

Nak mudah tanpa kos untuk buat ujian allergic ke anak, buatlah food diary kat situ nanti kita dapat kaji dan lebih tepat nampak apa penyebabnya yang menyumbang masalah kesihatan anak.

Sebenarnya takde orang yang dapat tolong kita walaupun Dr. pakar tu sendiri kalau kita sendiri yang tak mahu berubah.

Bermula di dapur kena ambil tahu soal apa makanan dan minuman yang masuk dalam perut anak, tu yang paling penting, bagi kefahaman pada anak juga sebab apa yang orang tua bagi itulah yang anak makan.

Ni waktu paling menyiksakan ? anak tak boleh urus diri sendiri

Baru sedar kena rawat dari akarnya.

Banyak faktor lain juga yang menyumbang, kena prihatin dan perhati faktor persekitaran, perubahan cuaca, stress, bahan kimia, habuk hama, kenapa anak terlalu sensitif tapi punca paling utama adalah faktor pemakanan.

Dalam betulkan usus mak ayah perlu lebih bertegas. 

Jangan bagi usus tu terbeban bila rawat masalah leaky gut tu. Dengan mengawal pemakanan memang nampak berkesan, kalau mak2 yang merancang nak hamil tu dari situ nak ambil tahu apa yang mak makan semua menyumbang, tak hanya makan, senang kata mak2 kalau nak mengandung kenalah sihat dulu, fizikal dan mental, makan makanan yang sihat2 jangan stress, ia juga berkait dengan kesihatan anak yang bakal lahir.

Ikut pengalaman yang dapat sebab rawat 2 anak eczema bukan biasa2 ni kira mencabar sebab belum nampak jalan sebab kos rawatan ulang2 klinik hospital ubat, lotian krim mandian, shampu bukan murah2.

Kalau tak cukup wang belanja tu, biarlah anak tak pakai sabunlah macam tu, maksudnya bukan hanya makanan yang menyumbang sampai sabun cuci baju pun bukan sabun biasa2.

Nak tak nak kena belanjakan dulu dalam tempoh rawatan anak dan untuk kos itu sebab tu orang kata sakit eczema ni sakit orang kaya tapi mamagee tak kaya pun tapi cuba usahakan jadi kaya penuhi keperluan anak.

InsyaAllah bila dah pulih usus tu jimat belanja dah. Rawat pada luaran sahaja mamagee sedar tak ada kesudahan.

Jadi inilah dia yang sangat membantu iaitu FOOD DIARY.

Nak mudah buat diari makanan anak, apa anak minum, apa yang kita bagi makan, apa bahan dalam masakan kita, apa bahan dalam sesuatu produk tu, apa saja yang masuk dalam mulut anak, pengawet, perasa, pewarna dan apa2 yang berkaitan penyebab alahan kena ambil tahu.

Walaupun bukanlah 100% pulih tapi jauh beza jika kita rawat dengan pemakanan ni macam yang Bos Ameer cakap, perlahan-lahan, kurangkan ubat dan alhamdulillah akhirnya boleh tinggalkan terus bila usus anak mulai terawat.

Ambil tahu dan jaga makan juga rupanya untuk kita juga, ambil cakna kerana keradangan juga berkait punca kepada masalah kesihatan lain juga.

Geram juga bila ada yang tak faham, ingat eczema ni sakit berjangkit ? macam2 petua dibagi.

Belum lagi yang tiba2 geli kan ingat kita tak tau nak jaga anak ? padahal lebih dari jaga, makan semua jaga.

Pergi klinik pun Dr. pernah cakap hanyir ? sebab kepala anak tu dah penuh biji2 nanah yang tengah pecah2, bukan tak cuci tapi guna sabun natural yang tak kuat bau wangi.

Dr. pun selalu cakap penyakit ni memang takde ubat.

Jangan putus asa..

Pada ibu ayah yang belum pulih2 rawat masalah eczema anak mereka tu, berita baiknya eczema boleh dirawat dan boleh pulih tanpa lagi bergantung pada ubat steroid/sintetik.

Jalan singkat ada kalau nak baik sekejap ? pilihan lain selain ubah gaya hidup lebih sihat, orang kata balik pada fitrah adalah macam mana cara orang dulu-dulu makan.

Pulihkan usus, ada duit lebih boleh slow2 topup supplement2 yang berkaitan dan makanan2 tinggi nutrisi secara berperingkat.

Tapi yang pentingnya diet pemakanan tu yang kena jaga dulu.

oleh: Stokis Nutrisi AMEER Johor (011-3739 6382)


EKZEMA : MASIHKAH ADA HARAPAN? (PART 2)

Solusi pada akhirnya buat strict diet kalau tak tau apa sebenarnya penyebab alahan pada anak.

Kalau tidak kita teragak2 hingga apa saja yang dimakan mungkin semuanya berisiko padahal tidak sebab ada yang alah pada lactose, histamin, gluten, lectinlah. 

Walaupun makanan2 tu ada yang bagus macam makanan sunnah tapi untuk yang sensitif usus memang berisiko trigger balik.

Digalakkan untuk eczema dewasa buat IF rehatkan usus lebih lama, tingkatkan hormone, repair baiki sel insulin pun terkawal.

Lebih mudah buat IF sebab biasa eczema yang kronik juga mengganggu hormone tidur, jadi stress tu mudah dikawal dan otak lebih fokus. Stress terkawal eczema lebih cepat pulih.

Sepanjang tempoh berpantang:

1) paling pentingnya alah pada apapun berhenti terus gula, gandum gluten makanan2 proses, makanan yang mengandungi lemak trans (lemak jahat)

2) tidur yang cukup. orang eczema memang susah tidur malam usahakan (magnesium oil/flake/aromatherapy mungkin membantu)

3) ibu menyusui anak eczema kena kawal stress dan kawal pemakanan

4) minum air secukupnya untuk proses detox

5) rawat dalam dan luaran serentak, bagi eczema yang kronik, ambil lebih masa untuk pulih

6) berfikir positive

7) pemakanan yang sesuai (berbeza tiap orang tak sama) kenali diri, alahan dan faktor pencetus elakkan

8) jangan biarkan kulit kering, jangan mandi dengan air panas nanti kulit makin kering

9) usahakan tiap hari membuang

10) dedahkan diri pada matahari tiap hari 15-20 minit, vitamin D percuma buat aktiviti luar, kuarkan peluh, berjalan kaki pijak rumput/tanah

11) jika berlaku infection boleh dressing guna bahan natural seperti vco, habbatusauda, arabic gum, mana2 krim/lotian yang sesuai, jika berlarutan jumpa Dr. mungkin perlukan antibiotic.

Ikut prinsip 5R 'functional medicine'

Remove: buang dulu makanan pencetus

Replace: ganti dengan zat penting

Repair: baiki usus dengan nutrisi

Reinoculate: suburkan balik usus

Rebalance: pulihkan gaya hidup secara fitrah

Remove

Buang dulu makanan pencetus (pantangkan makan perosak usus) macam gula, gluten, lemak trans, makanan2 tinggi histamine lain, makanan night shade) cuba buat 2 bulan pantang. kalau mamagee anak intolerant lactosa, jadi semua bersumberkan susu memang berisiko, pilihan yang terbaik ibu terus menyusui anak hingga 2 tahun. Nak bagi susu juga pilih susu yang pass elak trigger, macam susu soya anak mamagee tak pass kecuali susu almond dan setengah susu kambing asli (tak semua anak eczema alahan sama)

Anak yang menyusui badan ibu kena pantang makan, lebih banyak makan makanan bernutrisi tinggi, serat tinggi, lemak sihat, elak makanan2 penyebab keradangan makanan merapu nampak banyak perubahan kalau buat betul2lah & hindari pemanis, perasa, perisa, pewarna, pengawet, transfat, maltodextrin dalam makanan dan minuman

Replace: Ganti dengan zat penting

Repair✍️ Baiki Usus. Seimbang kan balik bakteria usus makan lebih banyak makanan yang melawan keradangan makan makanan asli. Makan lebih banyak sayur dan buah tapi kena pilih2 buah, pilih2 sayur. Tambah vitamin C, D3+K2, glutamine, omega-3, multivitamin. 

Disebabkan sesetengah usus yang lebih sensitif, makanan berserat tinggi kena pantangkan dulu atau tambahkan secara berperingkat jika bagi anak trigger. Kalau eczema yang biasa2 mungkin tidak. Contoh nak ambil arabic gum (almanna) ikut dose paling kecik sebab akan dapat healing krisis, stop dulu, topup balik sikit2, tambahkan sumber serat seperti arabic gum (almanna), chiaseed, oat yang gluten free.

Reinoculate✍️ Suburkan balik usus, tambahkan bakteria baik dari sumber probiotics kena jaga2 sebab kebanyakkan makanan ni boleh bagi flare-up balik. Makanan probiotics waktu ni kena perhatikan pilih mana yang sesuai sebab kebanyakkan makanan peram tinggi histamine, jadi mamagee ambil dalam bentuk supplement probiotic.

Rebalance✍️ pulihkan gaya hidup secara fitrah contoh hanya makan makanan segar, bukan yang keluar dari peti ais atau keluar masuk peti ais, pilih lauk yang masih segar, elak ikan berisiko gatal/toksid macam (tongkol, bawal hitam-pari, ikan besar2 yang hidup lama, makan ikan laut/ikan sungai yang bebas hidup yang tinggi omega-3)

Lebih kurang macam jaga makanan orang dalam pantanglah orang bersalin ? elak ikan gatal2 semua, telur bebas antibiotic, sotong udang ketam (elak buat sementara dulu). cari ayam kampung atau ternak hidup bebas, makan bebas bukan makan dedak/ayam injet, bukan ikan ternak yang makan dedak, daging yang binatang makan rumput bukan dedak kerana tinggi omega 6 penyebab keradangan (berkaitan apa sumber makanan haiwan tu makan)

credit to Dr. Hafiz Sulaiman

Mamagee, Stokis Nutrisi AMEER Johor : 011-3739 6382

EKZEMA : MASIHKAH ADA HARAPAN? (PART 3)

Ubah gaya hidup.

Biar kurang makan dari terlebih makan dan asik2 makan.

Sebagai contoh biasa makan roti biskut tukar pada roti keto, sourdough cookies2 gf dari bahan yang lebih selamat. Dr kata makan nasi lebih senang kenyang, makan lauk makan sayur makan buah kan kenyang!

Biasa petang2 mulut anak yang dah biasa diajar mengunyah tu gantikan. Pada jajan2 yang selamat iaitu buah-buahan.

Elakkan selalu masuk pasaraya bawa anak berlegar lama2 dikawasan makanan segera dan jajan2? tutup mata dia, sesekali bagi buka takpelah, belikan sikit rasakan dia ? terangkan pada mereka betapa bahayanya benda alah tu dan bikin ketagih.

Biasa yang tiap bulan tiga 4 kali mesti makan KFC Pizza atau selalu beli makanan, minuman dari luar kurangkan atau hentikan.

Biasa kalau rumah memang ada guna gula, serbuk perasa ajino**** ke kuib2 serbuk rempah segera semua gi buang, ganti pada yang lebih selamat pelan2 lah, sikit2 ?

Kosongkan peti cuma simpan makanan2 asli lauk sayur buah, bukan makanan2 segera sejuk beku sosej hotdogs nuget burger, nak makan belajar buat sendiri atau beli yang diyakini diperbuat dari bahan selamat.

Pastikan bebas kimia merbahaya seperti alat mandian/sabun cuci baju cari yang SLS paraben free gitulah. Contoh pula macam pewangi rumah spray lipas, penghalau nyamuk ke, klorox perhatikan benda ni mungkin juga merisikokan asma dan cetus eczema juga, cat2, barang2 mainan yang ada chemical cuba hindarkan, penggunaan karpet, binatang peliharaan juga ada yang mengundang risiko anak dapat asma dan alahan eczema. 

Anak eczema atau ibu yang susukan anak eczema kena kawal stress, bila stress akan rendahkan sistem imun lambat nak pulih episode duka berulang2.

Jika masih bergantung pada ubat teruskan saje, makan jika perlu, pakai jika perlu sebab dalam proses merawat pada punca ada masa ubat macam anti histamin krim steroid yang kulit dah biasa pakai tak boleh berhenti mengejut kurangkan perlahan2.

vitamin C paling penting bagi dulu, try ambil habbatusauda tengok tindakbalas, minyak zaitun, vco, omega-3, b-complex, curcamin, secara berperingkat.

kalau flareup stop dulu, bagi balik, masak makanan anak dengan menggunakan minyak2 sihat untuk mengurangkan keradangan.

Eczema berpunca dari banyak faktor.

Bergantung pada genatik juga. Apa yang mamagee faham usus yang tidak sihat tak boleh proses histamine, solusi nya adalah dengan mengawal keradangan, seimbangkan balik bakteria baik jahat.

Mengawal keradangan yang disebabkan jumlah histamin yang tinggi adalah mengembalikan jumlah enzim DAO yang mencukupi untuk fungsi penguraian histamin.

Bagi mendapatkan enzim DAO yang mencukupi dalam badan, perlu pulihkan kembali sel diperut dan usus melalui kaedah pemakanan yang sesuai.



Setiap individu tak sama alahan dan proses penyembuhan.

Alhamdulillah bila usus tu baik orang kata boleh dah cheat day sesekali makan makanan yang jadi pantang tu tapi beringat dan berpada2.

Alhamdulillah banyak dah makanan berkhasiat yang baik2 dulu tak boleh makan dah boleh makan semula seperti telur, tempoyak cuka, madu belacan, seafood tu dah boleh makan semula secara berpada, makanan2 probiotics & prebiotik tinggi serat (Arabic Gum Ameer) sangat membantu kuatkan semula dinding usus.

Yakin dengan pertolongan Allah.

Dunia ini tempat diuji, terus ikhtiar, doa dan tawakkal. makan dengan niat minta kesembuhan dari ALLAH dan istiqamah.

Yakin bahawa setiap masalah, segala penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Jadi jangan berhenti berusaha, jangan pernah mengalah, ye Allah melihat pada usaha kita.


Pemulihan dan protokol pemakanan adalah atas pengalaman mamagee sendiri dan inspirasi dari pengamal2 perubatan nutrisi.

Jangan mudah berputus asa kerana perkara yang baik memerlukan masa walaupun anak dah pulih hampir 90% ilmu tu terus diamalkan konsisten untuk ikhtiar kekalkan kesihatan insyaAllah

Sekian perkongsian semoga sedikit sebanyak memberi manfaat.

Mamagee, Stokis Nutrisi AMEER Johor : 011-3739 6382

Ask Consultant of AMEER Nutrition